Thursday, August 28, 2014

Melukis santai..









'Melukis santai vs 10 tahun'..


Apabila aku memilih utk tidak ke pejabat lagi (berpencen sendiri sebelum dipencenkan) aku mula melukis pada Disember 2004,.. Kiraan orang itu sudah mencecah "10 tahun".. Lama?..

 Ini cerita aku.. 
Kami perolehi sebuah tanah, Mei 2011 (pada harijadi aku)..Kerja2 berkarya terpaksa aku tangguhkan kerana berpindah, berkebun dan membina sebuah rumah.. Kira-kira 2 tahun lebih jugalah aku tidak berkarya.. kami berulang alik dari Subang Jaya dan Raub.. Susah  payah kami sekeluarga harungi bersama..

 Baru sahaja aku mula hendak melukis sebuah pemandangan di "Taman Negara" (WIP).. tergendala lagi selama kira2 10 bulan kerana  urusan yg tidak disangka, iaitu 'memperbaiki tanah runtuh' dalam kawasan tempat tinggal kami pada musim hujan yg berpanjangan yg lalu.., maklumlah kami tinggal di kawasan bukit bukau, dan juga 'urusan menerima menantu' pula dan lain2 urusan bersama2.. 

Kini urusan2 yg besar2 itu sudah semakin 'settle'. Suami dan anak2pun sudah selesa dgn kerja2 berkebun, menternak ayam itik dan anak menantuku juga akan memulakan perniagaan kecil di depan get rumah.. (jual nasi lemak dan jajan kata mereka..) 

Aku lega dan bolehlah aku mulakan hobiku yg sudah kutinggalkan agak beberapa ketika.. Walaupun "10 tahun" itu tidak sepadatnya aku gunakan untuk berkarya.. namun aku tetap puas.. Aku bersyukur, inilah hari2 yg dipinjamkan untukku lalui.. 

TERIMA KASIH TUHAN.. 

 Aku bahagia.. Aku melukis santai.. ;-)

  

1 comment:

mylin said...

Lamanya puan x update blog... tertunggu-tunggu